Pada tahun1967, dengan bantuan modal RM8000.00 daripada Kementerian Pelajaran, sekolah ini membina sebuah rumah guru dan sebuah gelanggang badminton.
Pada tahun 1969, dengan bantuan modal RM8000.00 daripada Kementerian Pelajaran, sekolah ini membina sebuah bilik darjah, sebuah setor dan juga membina tandas pam. Tetapi bantuan modal RM8000.00 tidak mencukupi, yang tidak cukup itu dibantu oleh Lembaga Pengurus Sekolah. Pada tahun 1981, dengan peruntukan RM10000.00 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sebuah bilik perpustakaan dan sebuah pejabat dapat dibinakan.
Pada tahun 1983, bantuan modal sebanyak RM10000.00 daripada Kementerian Pelajaran, sekolah ini dapat membina sebuah kantin dan koridor.
Pada tahun 1987, Adun Kawasan Sungai Baru, YB Tuan Hj. Mohd. Ali bin Abd. Majid mendermakan sebuah meja besi, sebuah almari besi dan sebuah kabinet untuk melengkapkan bilik pejabat.
Pada tahun 1988, Cawangan MCA Lubok China memohon bantuan kewangan sebanyak RM925.00 daripada Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato Huang Qiu Gui untuk membaiki longkang Sekolah, koridor sekolah dan menebang pokok yang bahaya di dalam kawasan sekolah. Pada tahun 1989, Jabatan Pendidikan Melaka membekalkan tiga buah meja perpustakaan dan 18 buah kerusi perpustakaan untuk melengkapkan bilik perpustakaan.
Sebuah tempat letak kereta telah didirikan atas sumbangan bersama oleh LPS dan PIBG pada tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah program Sekolah Bantuan Modal 2000 telah memperuntukkan kepada sekolah ini sebanyak RM30,000 bagi keperluan pembinaan bilik darjah. Bilik darjah ini telah siap dibina pada akhir tahun 2002. Pada tahun 2004,bilik ini dijadikan bilik Alat Pandang Dengar.
Sekolah ini mula-mula ditubuhkan oleh segulungan peniaga tempatan.
Iaitu:
En. Li Ke Shuang, En. Yan Qi Nan dan En. Xie You Yi.
Sekolah ini ditubuhkan pada 10.05.1931. Tapak yang digunakan sebagai sekolah ialah sebuah rumah atap yang beralamat 2439, Lubuk China Melaka. Rumah ini disewa dan dibayar RM8.00 sebulan. Lepas itu, sekolah ini berpindah ke 2542, Lubuk China, Melaka. Sehingga tahun 1954, sekolah ini dipindahkan ke tapak ini.
Pada tahun 1954, satu Jawatankuasa Pembangunan Sekolah telah ditubuhkan oleh Lembaga Pengurus Sekolah. Tujuan untuk membina sebuah sekolah China baru di tepi jalan raya. Dengan bantuan derma yang dikutip dari orang ramai, SJK(C) SIN MIN pun didirikan di tapak sekarang. Pada ketika itu, sekolah ini mengandungi dua buah bilik darjah, sebuah bilik pejabat dan sebuah rumah guru.
Pada tahun 1957, murid seramai 95 orang, tetapi hanya ada darjah 1 hingga darjah 5 sahaja. Lepas itu, murid terpaksa melanjutkan pelajarannya(darjah 6) di Sekolah China Masjid Tanah. Sehingga tahun 1960, sekolah ini baharu mengadakan Darjah 6.
Dari awal hingga sekarang, ramai Guru Besar bertukar ganti. Inilah senarai Guru Besar telah memegang jawatan untuk mentadbir segala urusan:
1. En. Yan Zong Zhang 2. En. Yan Zhen Hua
3. En. Cai Wen Qing (1945-1949)
4. En. Yan Hong Zhong (1950)
5. Cik Zhang Mei Duan/Cik Chong Mui Tuan (1951-1953)
15. Pn. Yow Lei Bee (01.07.2004) 16. En Chua Kew Ping (2013) 17. Pn Kee Siew Choo (2014)
Dari awalnya hingga sekarang, Lembaga Pengurus Sekolah telah memainkan peranan yang begitu penting dalam pembangunan pendidikan bahasa Tionghua dalam kaum Cina. Bukan kaum Cina mendapat pendidikan, kaum Melayu dan kaum India pun menghantar anak mereka ke sekolah ini hingga sekarang. Lembaga Pengurus Sekolah pada awalnya dipengerusi oleh En.Yan Qi Nam dan En. Li Ke Shuang. Lepas itu, siapa yang menjadi pengerusi tidak diketahui.
Sehingga tahun 1955, En. Lim Boon Ling memegang jawatan pengerusi dari tahun 1955 hingga 1978. En. Chua Kee Lin memegang jawatan pengerusi dari tahun 1979 hingga tahun1993. En. Lim Liang Book memegang jawatan pengerusi dari tahun 1994 hingga 1997. En. Lee Liang memegang jawatan pengerusi dari tahun 1997 hingga sekarang.