20.8.13

School Development

Pada tahun1967, dengan bantuan modal RM8000.00 daripada

 Kementerian Pelajaran, sekolah ini membina sebuah rumah guru 

dan sebuah gelanggang badminton.



Pada tahun 1969, dengan bantuan modal RM8000.00 daripada 

Kementerian Pelajaran, sekolah ini membina sebuah bilik darjah, 

sebuah setor dan juga membina tandas pam. Tetapi bantuan modal 

RM8000.00 tidak mencukupi, yang tidak cukup itu dibantu oleh 

Lembaga Pengurus Sekolah.


Pada tahun 1981, dengan peruntukan RM10000.00 daripada 


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sebuah bilik 

perpustakaan dan sebuah pejabat dapat dibinakan.


Pada tahun 1983, bantuan modal sebanyak RM10000.00 daripada 

Kementerian Pelajaran, sekolah ini dapat membina sebuah kantin 

dan koridor.



Pada tahun 1987, Adun Kawasan Sungai Baru, YB Tuan Hj. 

Mohd. Ali bin Abd. Majid mendermakan sebuah meja besi, sebuah 

almari besi dan sebuah kabinet untuk melengkapkan bilik pejabat.



Pada tahun 1988, Cawangan MCA Lubok China memohon 

bantuan kewangan sebanyak RM925.00 daripada Timbalan Menteri  
Pembangunan Luar Bandar Dato Huang Qiu Gui untuk membaiki 

longkang Sekolah, koridor sekolah dan menebang pokok yang 

bahaya di dalam kawasan sekolah.


Pada tahun 1989, Jabatan Pendidikan Melaka membekalkan tiga 


buah meja perpustakaan dan 18 buah kerusi perpustakaan untuk 

melengkapkan bilik perpustakaan.


Sebuah tempat letak kereta telah didirikan atas sumbangan 


bersama oleh LPS dan PIBG pada tahun 2000.

Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah program Sekolah 


Bantuan Modal 2000 telah memperuntukkan kepada sekolah ini 

sebanyak RM30,000 bagi keperluan pembinaan bilik darjah. Bilik 

darjah ini telah siap dibina pada akhir tahun 2002. Pada tahun 

2004,bilik ini dijadikan bilik Alat Pandang Dengar.