Sekolah ini mula-mula ditubuhkan oleh segulungan peniaga
tempatan.
Iaitu:
En. Li Ke Shuang, En. Yan Qi Nan dan En. Xie You Yi.
Sekolah ini ditubuhkan pada 10.05.1931. Tapak yang digunakan
sebagai sekolah ialah sebuah rumah atap yang beralamat 2439,
Lubuk China Melaka. Rumah ini disewa dan dibayar RM8.00
sebulan. Lepas itu, sekolah ini berpindah ke 2542, Lubuk China,
Melaka. Sehingga tahun 1954, sekolah ini dipindahkan ke tapak ini.
Pada tahun 1954, satu Jawatankuasa Pembangunan Sekolah telah
ditubuhkan oleh Lembaga Pengurus Sekolah. Tujuan untuk
membina sebuah sekolah China baru di tepi jalan raya. Dengan
bantuan derma yang dikutip dari orang ramai, SJK(C) SIN MIN
pun didirikan di tapak sekarang. Pada ketika itu, sekolah ini
mengandungi dua buah bilik darjah, sebuah bilik pejabat dan
sebuah rumah guru.
Pada tahun 1957, murid seramai 95 orang, tetapi hanya ada darjah
1 hingga darjah 5 sahaja. Lepas itu, murid terpaksa melanjutkan
pelajarannya(darjah 6) di Sekolah China Masjid Tanah. Sehingga
tahun 1960, sekolah ini baharu mengadakan Darjah 6.
Dari awal hingga sekarang, ramai Guru Besar bertukar ganti.
Inilah
senarai Guru Besar telah memegang jawatan untuk mentadbir
segala urusan:
1. En. Yan Zong Zhang
2. En. Yan Zhen Hua
3. En. Cai Wen Qing (1945-1949)
4. En. Yan Hong Zhong (1950)
5. Cik Zhang Mei Duan/Cik Chong Mui Tuan (1951-1953)
6. En. Chen Xian Guang(1954-1955)
7. En. Fu He Wen (1956-1957)
8. Pn. Zheng Wai Yin /Pn. Tay Guang Eng(1957-1978)
9. Pn. Leng Ah Wah (04.11.1978-31.12.1979)
10. En. Goh Kwee Hua (01.01.1980-30.10.1986)
11. Pn. Leng Ah Wah (01.11.1986-23.10.1998)
12. Pn. Sau Mee Lian (24.10.1998-27.03.2001)
13. Pn Chua Wan (28.03.2001-15.08.2004)
14. En. Chee Chiew Kin (16.08.2002-31.01.2004)
15. Pn. Yow Lei Bee (01.07.2004)
16. En Chua Kew Ping (2013)
17. Pn Kee Siew Choo (2014)
Dari awalnya hingga sekarang, Lembaga Pengurus Sekolah telah
memainkan peranan yang begitu penting dalam pembangunan
pendidikan bahasa Tionghua dalam kaum Cina. Bukan kaum Cina
mendapat pendidikan, kaum Melayu dan kaum India pun
menghantar anak mereka ke sekolah ini hingga sekarang.
Lembaga Pengurus Sekolah pada awalnya dipengerusi oleh
En.Yan Qi Nam dan En. Li Ke Shuang. Lepas itu, siapa yang
menjadi pengerusi tidak diketahui.
Sehingga tahun 1955, En. Lim Boon Ling memegang jawatan
pengerusi dari tahun 1955 hingga 1978. En. Chua Kee Lin
memegang jawatan pengerusi dari tahun 1979 hingga tahun1993.
En. Lim Liang Book memegang jawatan pengerusi dari tahun 1994
hingga 1997. En. Lee Liang memegang jawatan pengerusi dari
tahun 1997 hingga sekarang.